fbpx

5 Tip Bina Laman Web WordPress Menarik

Anda perasan atau tidak, dua orang bina laman web, menggunakan tema yang sama, tetapi hasilnya berbeza. Satu amat cantik, satu lagi kurang menarik.

Yang peliknya kedua-duanya menggunakan tema yang sama, gambar yang sama, ayat yang sama. Namun keputusannya tetap berbeza.

Di sini akan dibukakan rahsia apakah yang menjadikan laman web lebih cantik dan menarik daripada orang lain.

Gunakan tema pelbagai fungsi yang sama.

Ya, setiap tema terutama tema yang terkini memerlukan proses pembelajaran yang berlainan. Anda perlu memahirkan dahulu setiap teknikal dalam setiap tema. Bila anda mahir, anda mampu mengubah sebarang perkara dari yang besar hingga yang kecil.

Ubah saiz dan jenis font perkataan

Ini ramai yang kita tidak perasan, yang membezakan sesuatu pereka laman web yang menarik dan tidak, 70% adalah kepakaran mereka menggunakan fon yang sesuai dalam setiap laman web, dari segi jenis, saiz dan warna.

Gunakan maksimum 3 warna utama

Pastikan laman web anda tidak terlampau banyak warna, gunakan maksimum 3 kombinasi warna. Ini memainkan peranan penting dalam memastikan pelawat laman web selesa dengan laman web anda. Seterusnya menjadikan laman web anda lebih menarik.

Elakkan menggunakan animasi

Ya, animasi menambah keceriaan di laman web anda. Namun anda perlu ingat, tidak semua pelawat menggunakan komputer atau telefon yang berkuasa tinggi. Animasi membuatkan telefon atau komputer pelawat anda lambat dan jem. Ini membuatkan potensi laman web anda menjunam.

Gunakan JPEG berbanding PNG

Jika ada gambar, elakkan penggunaan PNG. Gunakan gambar JPEG kerana lazimnya gambar JPEG lebih kecil dan lebih ringan untuk dimuat turun oleh pelanggan atau pelawat laman web anda. Juga sila gunakan gambar yang relevan dengan laman web anda. Kalau laman web jual lembu, usah dimuat naik gambar kambing.

Penutup

Perkara di atas adalah antara benda-benda kecil yang ramai pembuat laman web terlepas pandang. Maklumlah komputer sendiri berkuasa tinggi dan internet tip-top. Namun anda perlu ingat, siapa yang melawat laman web anda, mereka semua rakyat marhaen. Ada yang tidak mampu menggunakan prasarana hebat seperti anda. Jadi sama-sama kita fikirkan dan memperbaiki diri kita masing-masing.

Translate »